IBU MUAT NAIK PUISI – PERKAHWINAN HANNAH DELISHA TAK DIRESTUI?

“#IQRA #IbuTidakRestu #HikayatAntahBerantah. Di suatu ketika dahulu kala;tercatat sebuah hikayat cerita. Negara yang terletak;diufuk khalulistiwa- Antah Berantah nama tempatnya.

“Disana,tinggal seorang ibu bersama seorang anak perempuanya. Sang ibu pernah bernikah;dengan seorang muallaf dari bangsa yang asalnya, jauh di hujung benua.

“Jodoh tiada berkekalan,bercerai mereka tidak lama kemudian. Sang anak yang masih kecil,dibesarkan oleh ibunya. Termampu daya,semampu karya-Sang ibu coba berusaha.



“Tidak mudah,tidak sempurna-segala yang ada Sang ibu mencoba. Peras keringat,berbanting tulang,Sang ibu berkorban apa sahaja. Apabila dewasa;Sang anak bercinta. Cinta yang datang dengan al kisahnya.

“Terjadi suatu yang membelenggu,maka itu tiada restu. Sang ibu membawa diri;fitnah dan tomah silih berganti. Salah siapa bukan inti,salah sendiri menjadi paksi. Allah, Senantiasa menyaksi.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



“Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia,ditutupi pula dengan media. Antah berantah tempatnya ia, Dimana cerita disulam sutera. Sutera cina bersalut emas. Pujangga manik mengarang warkah. Hikayat dikarang persoalan maruah. Seperti arah mata panah.

“Lempar batu sembunyi tangan. Bukan permainan anak jantan. Tulisan mahaguru sangat lucu. Aib dibuka kuncu kuncu. Jika menjual,tujuan kamu. Akan diborong semuanya itu. Jika malu menjadi taruhan. Jangan lupa adanya Tuhan,” demikianlah tulis ibu kepada pelakon Hannah Delisha iaitu Noor Ashikin Ahmad yang memuat naik kata-kata puitis dengan tanda pagar #IbuTidakRestu mencetuskan tanda tanya.

Belum sampai sebulan mendirikan rumah tangga, timbul cerita tak sedap didengar mengenai perkahwinan Hannah. Memetik laporan mStar, seorang pemanggil misteri mendedahkan mendakwa perkahwinan Hannah dan suaminya, Imam Shah tidak direstui ibunya.

“Perkahwinan mereka tidak mendapat restu si ibu. Itu saja yang saya boleh beritahu. Selebihnya, tanyalah tuan badan,” itulah antara kata-kata ringkas daripada pemanggil misteri yang mendedahkan perkahwinan Hannah, 25, dengan pilihan hatinya, pelakon Singapura, Imam Shah, 32, kononnya tidak direstui ibu aktres itu.



Image_3.jpg

Menguatkan lagi keadaan, ibu Hannah menerusi laman Instagram miliknya seolah memberi bayangan mengenai percintaan pasangan itu dan keputusan mereka mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan si ibu.

Dalam perkongsian tersebut juga , Noor Ashikin yang menggelarkan dirinya ‘Kakcik Wujud’ menceritakan kehidupan ranjau yang ditempuhi bersama anaknya sejak kecil.

Bagaimanapun, Noor Ashikin yang dihubungi mStar enggan mengulas mengenai luahannya itu dan meminta merujuk media sosialnya untuk penjelasan lanjut.



“Ya saya ibu kandungnya dan itu benar Instagram saya. Maaf saya tak mahu komen mengenai perkara itu, boleh rujuk di Instagram dan Facebook saya,” katanya.

Image_4.jpg

Noor Ashikin merupakan penyanyi Singapura pada era-80an pernah berkahwin dengan Peter Blackburne Birch yang berasal dari England iaitu bapa kepada Hannah.

Dia dikenali sebagai Kakcik Wujud kerana menjadi ahli kru Wujud, dalam menerbitkan video realiti seram di Singapura. Noor Ashikin juga turut merakamkan lagu di negaranya iaitu ‘Kerana Mulut’, ‘Tiada Lagi Ucapan Sayang’ dan ‘Sinar Di Mata Mu’.



Manakala usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dari Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch gagal apabila pengurus kepada aktres itu tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Pada 18 Februari lalu, Hannah melangsungkan pernikahan bersama seorang pelakon dan model senegara, Imam atau nama penuhnya Muhammad Iman Shah Abdul Mutalib dalam satu majlis tertutup di Singapura.

TAHNIAH – HANNAH DELISHA SELAMAT AKHIRI ZAMAN BUJANG



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button