SAHARUL RIDZWAN PERNAH RUGI RM30,000 DEK SERUNDING TAK LAKU SAMPAI BERULAT

 

Pelakon Saharul Ridzwan kini dilihat mula mengorak langkah dalam dunia perniagaan kerana dia sedar bahawa popularitinya sebagai pelakon mungkin tidak bertahan lama.

“Kita kena sedar yang populariti tidak akan kekal lama. Ia boleh datang dan pergi. Saya tak boleh salahkan sesiapa jika orang sudah tak minat saya lagi seperti dahulu. Tapi tak adalah sampai nak tinggalkan industri ini. Berlakon tetap menjadi minat utama saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Saharul telah berkongsi cerita dimana dia pernah mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit kerana perniagaannya tidak mendapat sambutan kerana kurang ilmu.

Meskipun pernah gagal dalam perniagaan sebelum ini, namun ia tidak mematahkan semangat Saharul untuk terus menceburkan diri dalam bidang itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Contohnya perniagaan serunding semasa bulan puasa, saya rugi hampir RM30,000..stok tak terjual sampai berulat sedangkan modal dikeluarkan dah banyak.

“Mungkin kerana ilmu, sebelum meniaga kita acah-acah buat serunding terbaik di dunia tapi tanpa ilmu dan bimbingan, baru saya sedar tak boleh guna populariti semata-mata untuk jana pendapatan,” katanya.

Terkini, Saharul baru sahaja melancarkan produk wangian aromatik miliknya, Ode Scents. Bagi membangunkan jenama tersebut, Saharul memberitahu dia mengeluarkan modal sebanyak RM250,000.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *