“I’M SORRY, DOAKAN YANG BAIK-BAIK” – SAKINAH TERIMA TEGURAN NETIZEN TERMASUK PU SYED
“#sedarasedara done tegur. I’m sorry, doakan yang baik baik,” tulis pelakon Sharifah Sakinah yang menyambut baik teguran semua pihak termasuk Pencetus Ummas (PU) Syed dengan memuat naik semula surat teguran itu di laman Instagram miliknya pada Isnin.
Menerusi posting itu, Sakinah memohon maaf dan mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya. Sakinah sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik ‘belanja’ gambar seksi selepas selesai melakukan senaman.
Seperti sudah dijangka, perkongsian foto mengenakan pakaian senaman (sport bra) itu mengundang kecaman netizen sehingga pelbagai komen membanjiri entri foto tersebut.
Tidak hanya berdiam diri, Sakinah juga dilihat tampil membalas komen-komen berkenaan dengan mengatakan sebagai lelaki mereka boleh sahaja menundukkan pandangan dari melihat perkara tidak sepatutnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam status tersebut, PU Syed meminta adik kepada pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah itu menjaga adab dalam berpakaian.
PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya turut menasihatkan pelakon ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ ini agar tidak mempengaruhi pengikut laman sosial untuk berpakaian demikian.
“Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di Instagram manakala di media sosial yang lain saya tak tahu dan tidak ingin ambil tahu.
“Saya ingin tegur perbuatan puan, sekaligus dapat menegur pengikut puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini.
“Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta dilanggari,” demikian teguran PU Syed kepada Sakinah yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Anais Adha itu.
Dalam kiriman surat terbuka itu juga, PU Syed juga berkata, teguran itu adalah untuk menyelamatkan aktres tersebut daripada terus hanyut dengan ujian dunia.
“Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji. Ingatlah, kita daripada keturunan yang mulia, daripada nasab yang mulia.
“Maka perlu saya menegur untuk puan kembali ke atas jalan yang sebenarnya. Inilah cara kita sesama saudara untuk menyelamatkan saudaranya daripada terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi,” tuturnya lagi.
JARANG POST SEKSI – ZIZI TERSENTUH TEGURAN IBU: “SAYA BERUBAH PERLAHAN-LAHAN”