Telefon bimbit akan diharamkan di sekolah

Telefon bimbit akan diharamkan di sekolah

Telefon bimbit akan diharamkan di sekolah
Para pelajar tidak akan dibenarkan untuk membawa telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar di dalam bilik darjah di Belanda mulai tahun depan. – Getty Images

AMSTERDAM – Telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar akan diharamkan daripada bilik darjah di Belanda mulai 1 Januari 2024, kata kerajaan negara itu dalam usaha untuk mengehadkan gangguan semasa pembelajaran, lapor laman berita The Guardian semalam.

Peranti itu hanya akan dibenarkan jika ia diperlukan secara khusus, contohnya semasa pembelajaran mengenai kemahiran digital atas sebab-sebab perubatan atau untuk orang kelainan upaya.

“Walaupun telefon mudah alih saling berkaitan dengan kehidupan kita, ia tidak boleh digunakan di dalam bilik darjah.



“Pelajar-pelajar perlu menumpukan perhatian dan perlu diberi peluang untuk belajar dengan baik. Menurut kajian saintifik, telefon bimbit adalah gangguan. Kita perlu melindungi para pelajar daripada perkara ini,” kata Menteri Pendidikan, Robbert Dijkgraaf.

Larangan itu adalah hasil persetujuan antara kementerian, sekolah dan organisasi berkaitan. – Agensi

Telefon bimbit akan diharamkan di sekolah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading