Krisis PKR Buat Xavier Tinggalkan PKR
PKR Dilanda Krisis, Xavier Jeyakumar Tinggalkan PKR
Bekas Menteri Sumber Asli, Xavier Jayakumar bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Aktif dalam PKR sejak 1998, Xavier hanya menyatakan kecewa dengan prestasi parti itu dan Pakatan Harapan menjadi penyebab beliau mengambil keputusan demikian.
Ini merupakan tamparan buat Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim yang seringkali menggunakan frasa “i have the numbers” bagi menggambarkan sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.
Sehingga hari ini ternyata Anwar masih tiada bukti mempunyai sokongan kuat untuk menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun spekulasi tetap akan berlaku berikutan pengunduran Xavier dari PKR. Beliau turut dikaitkan dalam satu kes siasatan terhadap seorang individu yang ditahan pihak SPRM.
Alasan Xavier beliau mahu bersama mendukung kerajaan bagi memastikan pandemik covid19 diatasi dan fokus terhadap pembangunan ekonomi negara mengundang sinis netizen.
Aide to ex-minister Xavier arrested, RM1.2 million in cash, luxury car seized