Dua ditahan depan Istana Negara dakwa mahu jumpa Agong

Oleh – Syeikh Baran


Dua ditahan depan Istana Negara dakwa mahu jumpa Agong
Gambar Hiasan

Dua lelaki tempatan ditahan polis kerana cuba menceroboh Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, anggota polis melihat kereta Perodua Kembara cuba memasuki istana melalui Pintu 3 kira-kira pukul 4.40 petang.



“Mereka mendakwa ingin berjumpa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Kita menjumpai sebilah parang dalam kereta yang dinaiki suspek sebelum bertindak menahan dua lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia 29 dan 37 tahun itu didapati negatif dadah manakala kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini sehingga Selasa bagi tujuan siasatan lanjut,” ujarnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button