Berubah pendiam petanda ajal, wanita maut motosikal terbabas elak bangkai anjing

Berubah pendiam petanda ajal, wanita maut motosikal terbabas elak bangkai anjing

Berubah pendiam petanda ajal, wanita maut motosikal terbabas elak bangkai anjing
Azeli Zainudin menunjukkan gambar kenangan bersama Nur Eliya Ezzatul Rabu. – NSTP/ Meor Riduwan Meor Ahmad.

MELAKA: “Saya tak sangka perangainya yang berubah menjadi pendiam petanda dia akan pergi selamanya.”

Itu luahan pekerja kontrak, Azeli Zainudin, 24, mengenai tunangnya, Nur Eliya Ezzatul Rabu, 24, yang maut dilanggar kereta selepas terjatuh dari motosikal ketika cuba mengelak bangkai anjing di Jalan Tun Fatimah, di sini, kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu Nur Eliya Ezzatul ketika mereka ke pasar malam di Bukit Rambai dengan motosikal, jam 8 malam sebelumnya.



“Dia beli kebab daging untuk dibawa pulang. Dalam perjalanan pergi dan balik, dia cuma diam, tidak seperti selalu yang banyak bercakap. Bila saya tanya adakah dia sakit? Dia kata dirinya OK, jadi saya pun tak fikir apa-apa.

“Itulah kali terakhir saya berbual dengan dia,” kata Azeli sebak ketika ditemui di luar Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, apa nasib Faizal Azumu?




Menurut Azeli perubahan tingkah laku tunangnya yang juga pekerja kilang turut disedari ibu saudaranya ketika arwah bertandang ke rumah keluarganya di Bukit Rambai, dua hari lalu.

“Arwah rapat dengan keluarga saya dan selalu datang rumah bila cuti untuk makan bersama. Perwatakannya gemar bersembang menjadikan suasana ceria bila dia ada, namun sejak dua hari lalu, emak saudara hairan bila arwah tiba-tiba jadi pendiam.

“Walaupun amat sedih dengan pemergian arwah yang penyayang dan cekal berkongsi saat susah dan senang, saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya yang merancang untuk bernikah dengan arwah bulan depan.

Abang Nur Eliya Ezzatul, Shahriman, 41, pula berkata arwah yang juga anak bongsu daripada empat beradik seorang anak yang mengambil berat hal keluarga.



“Arwah sudah tiga tahun bekerja kilang dan menyewa bersama rakan di Bukit Rambai. Selalunya pada Ahad dia akan balik kampung jenguk ibu dan ayah yang ada kencing manis,” katanya memaklumkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Apit, Masjid Tanah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi, berkata mangsa menunggang motosikal Yamaha Ego Avantiz dari Bukit Rambai menuju ke Batu Berendam ketika kejadian.



Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika melalui Jalan Tun Fatimah, mangsa cuba mengelak bangkai anjing di tengah jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu terjatuh.

“Pada masa sama datang kereta Perodua MyVi dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa hingga maut di tempat kejadian. Pemandu wanita berusia 31 tahun itu tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berubah pendiam petanda ajal, wanita maut motosikal terbabas elak bangkai anjing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button