Bungkus heroin, syabu dalam kandang lembu

Bungkus heroin, syabu dalam kandang lembu

Bungkus heroin, syabu dalam kandang lembu
Dadah yang dirampas dalam serbuan ke sebuah pondok dalam kandang lembu di Kampung Division, Sungai Petani, Kedah. – FOTO IHSAN PDRM

SUNGAI PETANI: Bungkus dadah dalam kandang lembu.

Itu taktik sekumpulan lima lelaki bagi mengelak kegiatan jenayah mereka dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mereka akhirnya ditahan Isnin lalu dalam serbuan polis ke sebuah pondok dalam kandang lembu di Kampung Division, di sini.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata serbuan jam 11 malam dilancarkan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

“Lima lelaki berusia 22 hingga 36 tahun termasuk seorang warga asing ditahan. Pemeriksaan dalam pondok itu menemui dadah heroin dengan anggaran berat 660.5 gram dan syabu 1007.5 gram serta pelbagai peralatan membungkus dadah,” katanya hari ini.

Menurutnya, semua yang ditahan bekerja sebagai pemandu lori, pengawal keselematan, peladang dan pengembala lembu, direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Semua dadah yang dirampas bernilai RM RM58,496. Polis turut menyita lima motosikal dan merampas wang tunai RM1,700 dipercayai hasil jualan dadah,” katanya.



“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

Bungkus heroin, syabu dalam kandang lembu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button