Mahkamah benarkan lucut hak wang kad prabayar RM3.4 juta

Mahkamah benarkan lucut hak wang kad prabayar RM3.4 juta

Mahkamah benarkan lucut hak wang kad prabayar RM3.4 juta

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak baki wang kad prabayar berjumlah lebih RM3.4 juta milik 533 pelanggan Digi Telecomunications Sdn Bhd, yang dipercayai digunakan untuk tujuan aktiviti haram.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Allan Suman Pillai, yang dilakukan mengikut Seksyen 407 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593), terhadap syarikat telekomunikasi itu sebagai responden.

Pada prosiding itu, Allan memaklumkan, permohonan itu membabitkan sitaan berjumlah RM3,417,981.66 baki kad prabayar daripada 773 jumlah akaun talian prabayar milik 533 pelanggan.

Digi Telecommunications Sdn Bhd selaku responden yang diwakili Penasihat Kanan Undang-Undangnya, V Muraliharan, turut tidak membantah permohonan itu.

Berdasarkan afidavit permohonan, pihak responden telah melakukan siasatan dalaman bagi menyiasat berkenaan ketidakpuasan hati pelanggannya yang banyak menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mempelawa menyertai judi secara dalam talian.

Bagaimanapun, pihak responden menyatakan bahawa platform untuk judi dalam talian itu tidak disediakan oleh syarikat berkenaan, dan memaklumkan nilai kredit dalam kad prabayar boleh dimanipulasikan untuk bermain judi secara dalam talian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Digi juga menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai akses sepenuhnya kepada platform Republik GG, dan platform itu dikawal penuh oleh syarikat Inonex dan pihaknya tidak dapat mengesan sekiranya tambah nilai baki kredit itu digunakan untuk aktiviti haram berkenaan.

Pada masa sama, siasatan SPRM mendapati terdapat pengguna kad prabayar yang mempunyai baki kredit terlalu banyak dan mencurigakan, dipercayai digunakan untuk tujuan aktiviti haram.

Pada November 2020, SPRM telah menyita baki kredit pengguna kad prabayar milik 593 pengguna yang mempunyai baki melebihi RM3,000 dan ke atas, yang membawa kepada sitaan berjumlah RM4.2 juta daripada pihak responden.

Pihak SPRM juga telah mengarahkan pihak responden untuk mengeluarkan notis sebanyak empat kali kepada pengguna-pengguna terbabit, dan memaklumkan kepada mereka untuk membuat tuntutan terus dengan pihak SPRM, iaitu bermula dari 21 Nov 2020 hingga 15 Jun 2021.

Seramai 60 individu telah membuat tuntutan balik dengan pihak SPRM dan berjaya mendapat semula baki kredit akaun prabayar mereka berjumlah RM835,638.43, setelah didapati tidak terbabit dalam kegiatan pengubahan wang atau aktiviti yang haram. – BERNAMA

 

Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti

Mahkamah benarkan lucut hak wang kad prabayar RM3.4 juta

 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker