PAU 2020 – Pemuda Mahu Calon Yang Setia Pada Parti
Asyraf Gesa UMNO Letak Calon Muda, Berpotensi & Kekal Setia Kepada Parti
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengemukakan 5 ‘resepi’ Pemuda UMNO untuk dipertimbangkan kepimpinan tertinggi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Pemuda UMNO pada Persidangan Agung UMNO 2020.
- Kuasai Persepsi Anak Muda
- Calon Segar dan Diterima Rakyat
- Yakin Diri Pertahan Ideologi
- Sedia Bekerjasama Tanpa Mencairkan Prinsip
- Perkasa Jentera Jauhi Sengketa
Menyentuh mengenai kelompangan pentadbiran Pakatan Harapan yang dilihat diwarisi Perikatan Nasional, Asyraf menggariskan persoalan yang sehingga kini masih didiamkan kerajaan.
Beliau turut mempertikaikan dakwaan UMNO khianat kepada permuafakatan sebagai sebahagian daripada kerajaan.
“Sekiranya ikhlas, kenapa amalan pendakwaan terpilih warisan PH masih diteruskan?” – Asyraf Wajdi
Dalam pada it, Ketua Pemuda UMNO menggesa agar rakyat bertanya kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) mengenai plan strategik ekonomi menarik pelabur ke Malaysia.
Mengapa Menteri hanya sibuk memancing wakil rakyat PKR menyertai PN dan bukan menarik pelabur untuk melabur.
Ke Sana Ke Sini Jangan Sekali,
Nanti Covid Menular Kembali,
YB Nak Bersuara Parlimen Dikunci,
Rupanya sibuk Lompat Parti.
Ke Sana Ke Sini Setiap Hari
Membawa Dulang Membeli YB
Titah Tuanku Tak Dipeduli
Parlimen Tetap Dikunci Lagi
Asyraf mengakhiri ucapan dasar dengan mengingatkan perwakilan Pemuda UMNO agar menjadi obor kebangkitan serta memacu UMNO kembaliĀ ke landasan perjuangan sebenar penubuhan parti keramat itu.
Tetap Setia Bersama Barisan Nasional