BEKAS TEMAN LELAKI NONNY: “FITNAH AKHIR ZAMAN, SAYA TAHU AWAK KUAT”
“Sabarlah, fitnah akhir zaman, saya tahu awak kuat. Dunia kita akan meninggal, akhirat sana tempat kita tinggal. Semoga Allah melindungi awak dan keluarga sentiasa, amin. Salam rindu. *NNZ,” demikianlah tulis bekas teman lelaki kepada pelakon Nonny Nadirah, pelakon Niezam Zaidi.
Niezam, 29, memuatnaik kata-kata nasihat melalui Instagram Stories pada Jumaat hari ini. Dalam tulisannya, Niezam memberikan kata-kata semangat dan melayangkan doa berserta salam rindu kepada pemilik nama NNZ.
Difahamkan, NNZ itu ditujukan kepada Nonny sempena mengambil huruf pangkal kepada nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin.
Baru-baru ini, ramai pihak dikejutkan dengan perubahan mendadak Instagram milik Nonny Nadirah apabila pelakon itu memadamkan semua gambar sebelum ini dan memuat naik foto wanita seksi di sebelah kereta. Kapsyen pada foto tersebut bertulis: “It’s good to be back”.
Tidak dapat dipastikan kesahihan imej wanita terbabit namun rakan-rakan kepada Nonny antaranya penyanyi dan usahawan Mila Jirin yang berkongsi perasaan peribadinya terhadap perubahan Nonny.
Dalam pada itu, ada juga yang membuat andaian bahawa akaun Instagram Nonny telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Untuk makluman, Nonny pernah menjalinkan hubungan bersama Niezam sehingga merancang untuk ke alam perkahwinan. Namun hubungan tersebut putus di tengah jalan pada Oktober tahun lalu apabila masing-masing memilih untuk membawa haluan sendiri.
SUDAH HADIRI KURSUS KAHWIN – NONNY SAHKAN PERKAHWINAN DENGAN NIEZAM ZAIDI DIBATALKAN