KEJUTAN HARI LAHIR, BAGI BUNGA – REMY ISHAK & BEKAS TUNANG KEMBALI BERSAMA?

Pasti ramai di kalangn pemint yang tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang bertuah yang bakal menjadi suri hati pelakon Remy Ishak. Sudah beberapa kali mengalami episod duka dalam percintaan, sudah pasti peminat mendoakan jodoh yang baik buat pelakon ini.

Bagaimanapun, entri Remy Ishak, 39, kelmarin nyata menimbulkan tanda tanya peminat apabila pelakon drama ‘Pujaan Hati Kanda’ itu dilihat membuat majlis kejutan hari jadi buat bekas tunangnya, Ezza Yusof, 38, yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Untuk pengetahuan anda, pasangan ini sempat bertunang selama 2 tahun sebelum memutuskan hubungan pada 2019 atas sebab pelbagai krisis di dalam perhubungan mereka dan bukannya kerana orang ketiga seperti yang didakwa ramai.



Daripada entri yang dimuat naik, majlis itu dikhabarkan telah dirancang oleh Remy sendiri selain pelakon itu turut membelanja semua tetamu pada malam tersebut.

Bukan itu sahaja, Remy Ishak dilihat turut menyambut hari jadi Ezza buat kali kedua pada hari berikutnya. Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira melihatkan hubungan baik pasangan ini dan mendoakan agar mereka kembali bersama.

Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat mereka.



 

KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON

Polis tahan pelakon lelaki didakwa larikan isteri orang



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button