CALON SUAMI ANGGOTA POLIS – SHEERA ISKANDAR RANCANG NIKAH SEBELUM RAMADAN

Pelakon drama bersiri ‘Gerak Khas’, Sheera Iskandar memaklumkan dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang anggota polis yang dikenali sebagai Mr. H dalam masa terdekat.

"Bakal suami saya ni pemalu orangnya, kalau boleh dia nak dikenali sebagai Mr. H je dulu. Dia berasal dari Melaka. Dulu dia bertugas di Labuan dan baharu beberapa bulan ditukarkan ke Semenanjung.

"Sekarang kami dalam perancangan untuk mendirkan rumah tangga. Disebabkan belum boleh merentas negeri, jadi agak sukar untuk kumpulkan ahli keluarga bakal suami yang tidak tinggal di Kuala Lumpur.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Kalau boleh kami mahu disatukan sebelum Ramadan tahun ini. Jadi sekarang kami dalam proses untuk uruskan hal perkahwinan secepat mungkin," katanya.

Untuk makluman, Sheera sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015 namun tidak bertahan lama apabila disahkan bercerai pada hujung 2018.



Sementara itu, selepas hampir 14 tahun membintangi ‘Gerak Khas’, akhirnya Sheera mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan tersebut yang bersiaran episod akhirnya pada Sabtu lalu.

Image_3.jpg

Menurut Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 36, dia mengakui sedih apabila drama kepolisan itu sudah menamatkan siarannya selepas lebih 21 tahun menemui penonton.

"Sedih sangat sebab memang suka bawa watak anggota beruniform. Biarpun saya hanya masuk dalam keluarga ‘Gerak Khas’ pada tahun 2007 namun ia merupakan satu penghargaan apabila terlibat dalam drama yang diterbitkan Datuk Yusof Haslam.



"Lepas habis drama ini, memang saya tiada sebarang tawaran lakonan, jadi bolehlah beri lebih fokus kepada perniagaan yang diusahakan. Gerak Khas dah tamat, doakan Sheera teruskan kehidupan sebagai isteri polis pula," ujarnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button