PAU 2020 – Presiden Akur Suara Akar Umbi & Perwakilan

UMNO Capai Persetujuan Sebulat Suara Usul Akar Umbi & Perwakilan

PAU 2020

Presiden UMNO, Dato Seri Zahid Hamidi akur dan menerima suara akar umbi dan perwakilan dalam Persidangan UMNO 2020.

Berucap menggulung perbahasan, Zahid sempat ‘bergurau’ meminta pemimpin UMNO dalam kerajaan dan GLC agar meletakkan jawatan mereka apabila ‘sampai seru’ PRU15.

Zahid juga menjelaskan UMNO bukan mencari juara pidato tetapi mencari fakta serta kekuatan untuk menetapkan tarikh untuk UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional.

Tidak menolak kemungkinan PN akan memanjangkan tempoh penguasaan sehingga habis mandat PRU14.

Zahid juga yakin sekiranya UMNO memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional pada bila-bila masa, pemimpin UMNO tidak teragak mematuhi arahan meletakkan jawatan.

Zahid turut mencabar sesiapa yang berada dalam UMNO tetapi bertindak menikam parti agar meletakkan jawatan dan mengambil langkah sepatutnya.

Najib Razak dirujuk Zahid sebagai contoh terbaik seorang ahli parti yang tetap setia dan membalas budi UMNO waktu kalah.

 

Siapa Paling Layak Terajui PPBM Selepas Era Muhyiddin?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *