LANA NODIN: “LELAKI MAT SALEH ALWAYS POWER… MELAYU PROPA LEBIH, DEPAN LAIN KAHWIN LAIN”

"Lelaki mat saleh always power! Lelaki Melayu khatam romantik dia tak sekhatam lelaki mat saleh la. Lelaki Melayu kan dia propa lebih, depan lain bila kahwin lain," itulah kata-kata Lana Nodin menerusi satu temubual dalam rancangan ‘Borak Kelamin’ baru-baru ini.

Dalam program tersebut, Lana diajukan soalan mengenai dia berkahwin dengan mat saleh antaranya seolah sudah tak ada lelaki Melayu sehingga memilih untuk jejaka mat saleh itu.

Sempat berseloroh, Lana berkata lelaki mat saleh sentiasa power berbanding lelaki Melayu. Lana dalam masa turut berkata lelaki Melayu ini jenis yang lebih menjaga hati, manakala lelaki mat saleh pula seorang yang berterus terang.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Kita orang Melayu lebih kepada nak jaga hati. Mat salih jenis yang terus terang," ujar Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 41.

Sebelum ini nama Lana Nodin sering terpalit dengan pelbagai kontroversi. Malah, perkahwinannya dengan dengan jejaka mat saleh, David McKienzie yang merupakan pemain bola tampar olimpik itu turut menjadi kecaman ramai.



Untuk makluman, Lana Nodin mendirikan rumah tangga dengan David McKienzie atau nama Islamnya Mohd Daud Mckienzie pada 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Gia Quinn Mckienzie dan William Daud McKienzie.

Image_3.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button