NEELOFA & PU RIZ DIDAKWA KINI BERADA DI LANGKAWI?

Belum reda lagi isu majlis perkahwinan yang didakwa tidak mematuhi prosuder operasi standard (SOP), terkini nama pasangan Noor Neelofa & PU Riz hangat diperkatakan lagi apabila tular di media sosial mendakwa mereka tiba di Langkawi.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang netizen turut memuat naik gambar paparan skrin sebuah posting dari Facebook memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah.

Lebih mencetuskan spekulasi, perkongsian di Facebook itu turut menulis ‘Selamat datang ke Langkawi Neelofa’.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, seorang netizen bernama PakYuss MoSalah menerusi Facebook turut berkongsi dua keping gambar dipercayai bersama Neelofa dan suaminya PU Riz dengan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut serta mempersoalkan mengenai dakwaan tersebut berhubung soal rentas negeri.



Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan kesahihan gambar tersebut. Hasil tinjauan di Instagram, Neelofa & PU Riz dilihat tidak memuat naik mengenai dakwaan berkenaan.

Image_3.jpg

Image_4.jpg



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button