NEELOFA, PU RIZ SERTA KELUARGA HADIR BERI KETERANGAN ESOK

"Penganjur majlis sepatutnya hadir memberi keterangan pada hari ini, tetapi ditangguhkan esok. Justeru, mereka (penganjur) bersama keluarga Neelofa, termasuk Neelofa sendiri dan suaminya akan hadir memberi keterangan," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Beliau memaklumkan selain selebriti terkenal Noor Neelofa, polis turut memanggil keluarga dan penganjur majlis itu untuk diambil keterangan.

Neelofa dan suaminya, pendakwah bebas dan pelakon PU Riz dipanggil memberi keterangan esok berhubung majlis perkahwinan mereka yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), pada Sabtu lalu.



Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan beberapa saksi berhubung perkara itu, termasuk pengurus hotel yang menjadi lokasi majlis pernikahan pasangan selebriti terbabit.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Semalam, Mohamad Zainal, dilaporkan berkata polis sudah membuka kertas siasatan mengenai majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz.



"Siasatan mendapati majlis perkahwinan yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal. Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," jelasnya.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, Sabtu lalu.

Isu perlanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button