Takde model lain ke? – Netizen

Takde model lain ke? – Netizen

Takde model lain ke? - Netizen
Ira Kazar.

Kuala Lumpur : Kemunculan isteri pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar dalam video promosi satu jenama tudung mengundang komen lucu netizen walaupun video yang dimuat naik di Instagram usahawan dan pemilik jenama itu, kononnya menjadi solidariti buat Palestin.

Rata-rata, netizen menganggap video yang dimuat naik itu sebagai sesuatu yang tidak menyentuh hati dan lari daripada niat asal

“Mula-mula saya sedih dengar lagu ini. Tapi, keluar muka Ira Kazar, saya tergelak. Maafkan saya. Boleh tak Datuk buat video lain?” tulis satu netizen.



“Tadi macam ‘like’ (suka). Tapi, itulah kita ‘unlike’ balik. Sebab model Datuk itu, guna cara Israel. Menumpang, lepas itu terus ‘jajah’ suami orang,” tulis satu netizen lain.

Satu netizen lain menasihatkan usahawan itu agar menggunakan model yang lebih sesuai sebagai suri teladan.

“Tak masuk mana-mana pihak. Tapi, sebab orang itu tular, kau laju sahaja ambil orang itu jadi model dengan harapan kau dan produk kau tular sama tanpa fikir, orang itu tular benda yang buruk.

“Kita nak cari model pun, biarlah yang elok. Semua orang tak sempurna, tapi, pilih model biarlah yang boleh jadi ‘role model’ (suri teladan),” tulisnya.



Video itu memaparkan Ira bersama usahawan itu serta beberapa individu lain berjalan sampai menggayakan tudung jenama itu.

Takde model lain ke? – Netizen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button