Program Biznetwork bantu usahawan tempatan



Program Biznetwork bantu usahawan tempatan

Program Biznetwork bantu usahawan tempatan
ZULFIKRI meluangkan masa menyantuni usahawan Biznetwork pada program di Pusat Membeli Belah MyTOWN di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur: Program Biznetwork anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjaya mengetengahkan 1,022 usahawan yang memasarkan produk secara dalam talian (online) dan berjaya mencapai nilai jualan melebihi RM32 juta.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara, Datuk Zulfikri Osman berkata, Program Biznetwork dirangka khusus untuk usahawan mengukuhkan jenama, meluaskan pasaran dan membina rangkaian perniagaan melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

“Usahawan yang menyertai program ini turut dilengkapi dengan latihan keusahawanan yang bersesuaian serta pemasaran secara dalam talian melalui beberapa siri bengkel dan latihan serta rundingan bersama perunding yang dilantik.



“Penggunaan teknologi digital akan menjadi sebahagian daripada elemen penting dalam pelaksanaan program ini bagi memberikan impak yang lebih berkesan untuk pemasaran produk,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Mara turut menganjurkan Program Biznetwork Fiesta yang berlangsung di Pusat Membeli Belah MyTOWN di sini, bermula 19 hingga 22 Oktober (hari ini).

Ia sebagai kesinambungan program Biznetwork yang diperkenalkan agensi itu bermula Jun 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sempena Program Biznetwork Fiesta, Mara menyediakan ruang promosi kepada 20 usahawan yang sebelum ini terbabit dalam Program Biznetwork.



Selain ruang promosi, usahawan juga membuat jualan produk di samping membina rangkaian bersama orang ramai secara fizikal dan dalam talian

Program Biznetwork bantu usahawan tempatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker