Greece bubar Parlimen, beri laluan pilihan raya
Greece bubar Parlimen, beri laluan pilihan raya

ATHENS: Presiden Greece, Katerina Sakellaropoulou menandatangani dekri membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan pada 21 Mei depan.
Terdahulu, Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis mengadakan pertemuan dengan Sakellaropoulou.
Dalam pertemuan itu, Mitsotakis memohon pembubaran Parlimen kerana mandat empat tahun kerajaan dibawah pimpinannya akan berakhir.
“Parlimen baharu dibentuk hasil pilihan raya akan bersidang pada 1 Jun 2023, hari Khamis,” jelas dokumen disiarkan Warta Rasmi Kerajaan.
Jelas dokumen itu, pada persidangan pertama, ahli Parlimen baharu akan mengangkat sumpah.
“Pada keesokan hari iaitu 2 Jun, pengerusi akan dipilih,” jelas dokumen itu.
Selain itu, beliau juga akan bertanggungjawab mengadakan pilihan raya Parlimen. – AGENSI
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan
- Kalau Pun UMNO Dan PH Kahwin Paksa, Kenapa Ismail Sabri Pula Yang Berahi?
- Saman Mahathir terhadap Anwar sekadar bidaan politik sahaja.