Buat Hal !!! Video TikTok Bukti Neelofa Rentas Negeri
Video TikToK Neelofa menjadi bukti beliau dan suami merentas negeri ke Nilai 3.
Pautan TikTok – https://vt.tiktok.com/ZSJA75HR3/
Walau bagaimanapun ada penafian seorang individu yang mengaku sebagai Setiausaha Neelofa.
Beliau menyatakan foto tersebut adalah foto lama pada 2018.
Walau foto dalam Instagram telah dinyah-buang oleh selebriti kontroversi itu, netizen berjaya menangkap layar beberapa foto Neelofa di sebuah kedai karpet Nilai 3.
Empunya kedai karpet Nilai 3 yang turut menurunkan posting beliau di media sosial berkaitan kehadiran Neelofa.
Bagaimanapun ia tidak menghentikan kritikan dan kecaman netizen terhadap artis itu.
Kisah Neelofa menjadi ‘trending’ di media sosial ekoran majlis perkahwinannya yang melanggar SOP yang ditetapkan MKN.
Kontroversi terus melanda lagi apabila Neelofa menaikmuat pula foto beliau bersama suami di Langkawi sehingga netizen mengecam perlakuan tersebut.
Rakyat mula mempertikaikan mengapa seolah wujud birokrasi dan pilih kasih antara rakyat marhein dan mereka yang digelarkan ‘kayangan’ dalam mendapat kelulusan merentas negeri.
Ada juga pendapat mengatakan cara kontroversi Neelofa ini adalah sebahagian strategi melariskan nama dan perniagaan yang diusahakannya.
Tidak menolak faktor publisiti dalam perniagaan pentingĀ tidak mustahil Neelofa membuat promosi dengan cara berbeza.
Keluhan demi keluhan yang diluahkan rakyat di media sosial kerana tidak mendapat kebenaran merentas negeri menjadi sebab mengapa Neelofa di kecam.
Mereka mempersoalkan bagaimana selebriti tersebut begitu mudah mendapat kebenaran rentas negeri dalam waktu PKP darurat sedang berkuatkuasa.
Kini terpulang kepada Neelofa samada mahu terus menafikan kehadirannya di kedai karpet Nilai 3 atau mengakuinya secara terbuka dan bersedia membayar kompaun jika bersalah.
Ketua Pegawai Eksekutif TikTok letak jawatan, akibat tekanan AS