Hamid Bador Perlu Dedahkan Dakwaan Sebelum Pencen

Tan Sri Hamid Bador, Ketua Polis Negara
Tan Sri Hamid Bador
Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador perlu dedahkan dakwaan beliau pada 30 April 2021 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada 3 Mei 2021.

Dalam satu sidang media Jumaat lepas, Ketua Polis Negara mendedahkan berlaku perbuatan rasuah yang berleluasa dalam kerajaan.

Hamid Bador turut mendedahkan bagaimana seorang Menteri menyalahguna kuasa dalam Suruhanjaya Penguasa Polis (SPP) selain perbuatan ‘membeli’ ahli politik.

Panas Hamid Bador Dedah Campurtangan Menteri PPBM

Beliau turut mendesak pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) agar menyiasat ‘pembelian katak politik’ yang dilakukan oleh sebuah parti politik.

Difahamkan ekoran pendedahan Hamid Bador, beberapa laporan polis telah dibuat oleh rakyat.

Laporan Polis Dakwaan Ketua Polis Negara
Antara Kandungan Laporan Polis Ekoran Pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador

Kontroversi yang dicetuskan Ketua Polis Negara menggemparkan seluruh negara apabila intergriti PDRM menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Bagi mengelakkan prejudis rakyat terhadap PDRM, sebaiknya Tan Sri Hamid Bador perlu melakukan laporan polis atas dakwaan beliau sendiri.

Hamid perlu telus dalam memberikan segala bukti sebagaimana dakwaannya tempohari sekaligus melenyapkan pra sangka rakyat terhadap kredibiliti PDRM itu sendiri.

Siapakah beliau maksudkan yang telah menggugut ahli politik? Siapa pula yang dimaksudkan sebagai ‘Katak’?

Segalanya hanya akan terjawap sekiranya Tan Sri Hamid Bador mendedahkannya tanpa berselindung. Persoalannya adakah beliau akan berbuat demikian atau sekadar ‘melepaskan batok di tangga’?

Ketua Polis Negara Minta SPRM Siasat ‘Katak Politik’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *