Malaysia tak pandang rendah Hong Kong

Malaysia tak pandang rendah Hong Kong

Malaysia tak pandang rendah Hong Kong
AARON (kiri) percaya mereka tetap mempunyai kelebihan ke atas Hong Kong menjelang aksi pembukaan Piala Thomas hari ini.

BIARPUN dijangka tidak berdepan masalah melepasi pusingan pertama Piala Thomas, namun skuad badminton negara enggan mengambil mudah cabaran Hong Kong pada aksi pembukaan di Kompleks Sukan Chengdu, China hari ini.

Amaran itu dilontarkan pemain beregu berpengalaman negara, Aaron Chia selepas menganggap pertemuan dengan Hong Kong amat penting dan tidak boleh keciciran mata sekali gus menyukarkan peluang ke suku akhir.

“Mengenai Hong Kong, saya rasa mereka mempunyai beberapa pemain perseorangan yang baik tetapi kita tetap memiliki kelebihan berbanding mereka.



“Kemampuan perseorangan mereka boleh dikatakan seimbang, namun paling penting pasukan kita jauh lebih bersemangat dan saya rasa tiada masalah untuk mengatasi Hong Kong,” kata Aaron.

Begitupun, Aaron yang akan bergandingan dengan Soh Wooi Yik menganggap perlawanan menentang Hong Kong bakal menentukan hala tuju pasukan berikutnya.

“Kita sudah biasa acara berpasukan seperti Sukan Asia, Sukan SEA dan berpasukan campuran. Pling penting adalah komunikasi dalam pasukan. Sudah tentu kali ini saya nak dapatkan pingat, tidak kiralah apa warna,” kata Aaron.

Selepas menentang Hong Kong hari ini, skuad negara akan berdepan Algeria pada Ahad sebelum melengkapkan kumpulan D menentang Denmark, Selasa nanti.



Sejak memenangi Piala Thomas 1992, pencapaian terbaik Malaysia adalah naib juara sebanyak empat kali di Jakarta pada edisi 1994 diikuti Hong Kong (1998), Guangzhou (2002) dan New Delhi (2014).

Kali ini, Malaysia membariskan empat pemain perseorangan lelaki iaitu Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh serta tiga beregu, Aaron-Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

Malaysia tak pandang rendah Hong Kong

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading