Aziz Kaprawi Balun Kerajaan PN Yang Gagal

Aziz Kaprawi

Kerajaan Gagal!

1. Pengumuman YAB Perdana Menteri pada hari ini adalah satu bukti yang kukuh bahawa Kerajaan PN telah gagal mengawal penularan pandemik COVID-19 sehinggakan terpaksa mengumumkan PKP menyeluruh untuk satu negara.

2. Rata-rata rakyat kini berasa sedih, keliru dan bimbang dengan hala tuju kerajaan sekarang.

3. SOP yang tidak tetap, kenyataan jurucakap kerajaan bercanggah antara satu sama lain, penguatkuasaan terpilih dan pelbagai perkara lain menjadi buah mulut rakyat ketika ini.

4. Malah darurat yang diumumkan juga tidak memberi apa-apa erti dalam melawan penularan wabak ini tetapi dilihat untuk memberi kuasa perbelanjaan negara secara mutlak kepada Perdana Menteri tanpa perlu melalui sidang parlimen.

5. Kegagalan demi kegagalan ini memberi kesan yang amat buruk bukan sahaja terhadap ekonomi negara malah terhadap kesejahteraan rakyat.

6. Rakyat dihimpit dengan bebanan kehidupan dan ditambah pula dengan sekatan untuk mencari sesuap nasi.

7. Namun begitu, ekonomi taikun seperti sektor pembuatan dan sektor pembinaan yang menyumbang kluster penularan wabak tertinggi dibiarkan sahaja beroperasi.

8. Sedarlah wahai kerajaan, bahawa ketika ini rakyat tidak lagi percaya terhadap kewibawaan pemimpin kerajaan.

9. Pelabur juga bukan setakat tidak masuk malah lari ke negara jiran!

10. Menteri MITI pergilah melawat 100 buah negara sekali pun apa yang beliau bawa balik hanyalah kenyataan sokongan sahaja tanpa satu sen pun pelaburan asing yang masuk.

11. Apa lagi yang rakyat dan negara perlu tanggung akibat kesilapan dan kegagalan kerajaan pada hari ini?

12. Cukup-cukuplah dengan kegagalan demi kegagalan.

Aziz Kaprawi

MKT UMNO Desak Tubuh Suruhanjaya Siasatan DiRaja



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button