Mengejutkan Rakyat, Rencatkan Sambutan Aidilfitri

 

#Cincau Jadi Pilihan Netizen Gambarkan Kemarahan
Netizen Menggambarkan Kemarahan Dengan #Cincau
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=jro5eoFRRlI[/embedyt]

Menteri Pertahanan Dato Seri Ismail Sabri semalam memberitahu kepada wartawan tiada ‘Total Lockdown’ dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Sinergi Tentera Darat & Rakyat di Sg Putat, Jerantut pagi semalam.

Bagaimanapun keputusan yang dibuat kerajaan mengejutkan rakyat dan merencatkan sambutan Aidilfitri berbaki 3 hari lagi.

Keputusan Tidak Membenarkan Aktiviti Rentas Daerah & Negeri Semasa Sambutan Aidilfitri

Keputusan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti merentas daerah dan negeri diumumkan menerusi media malam tadi mengundang pelbagai reaksi.



Tanda pagar #Cincau digunakan netizen bagi menggambarkan kemarahan mereka terhadap keputusan yang mengejutkan ini.

Rakyat terutama mereka yang menyambut Aidilfitri masih berharap kerajaan mempertimbangkan keputusan tersebut.

Di media sosial pula, rakyat melemparkan pelbagai tanggapan negatif terhadap keputusan tersebut.

Ismail Sabri terus menerus dikecam di sebalik keputusan tersebut sekaligus merosakkan imej UMNO kerana rakyat menyangka menyangka segalanya dilakukan beliau seorang.



Sebagai rekod, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Segala keputusan MKN dibuat setelah semua aspek pertimbangan diperincikan dan Ismail Sabri hanya menyampaikan keputusan kerajaan.

Menteri Pertahanan menjelaskan semalam, kerajaan menggunakan ‘HIDE’ bagi menentukan ‘Hot Spot’ yang berisiko sebagai tempat penyebaran virus.

Tiada lagi ziarah Aidilfitri selepas ini

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker