Bapa dituduh sebabkan rugi lebih setengah juta

Oleh – Syeikh Baran


Bapa dituduh sebabkan rugi lebih setengah juta
Ahmad Kamal ketika tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Butterworth, pagi tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan menipu seorang individu berkaitan pelaburan projek perumahan dan rumah kedai tidak wujud sehingga kerugian RM580,000.

Tertuduh, Ahmad Kamal Akbar Ramin @ Abd Rahim,54, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.



Akhamad Kamal didakwa menipu mangsa berusia 53 tahun untuk mempercayai dia akan menerima keuntungan atas pelaburan projek perumahan PPR berbilang tingkat dan rumah kedai yang tidak wujud di Mukim Kuantan dan Golf Garden, Jawi.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan cek berjumlah RM580,000 atas nama syarikat Akar Bina Teguh Sdn. Bhd. yang mana mangsa tidak akan memberikannya sekiranya tidak diperdaya.

Kesalahan itu dilakukan di Kompleks Perniagaan Tasek Gelugor antara 8 hingga 24 September 2018.

Timbalan Pendakwa Raya, Asma’ ‘Amira Shahidani menawarkan jaminan sebanyak RM70,000 bagi kesemua pertuduhan.



Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ima Syakira Mohd Salim bagaimanapun memohon satu jumlah minimum dengan alasan anak guamnya tiada pendapatan tetap dan mennggung 10 anak yang mana tujuh daripada mereka masih kecil dan bersekolah.

Majistret Siti Zulaikha memebenarkan tertuduh diikat jamin RM56,000 bagi kesemua pertuduhan. Tarikh 26 Jun ini ditetapkan untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading