‘Penculik’ maut ditikam wanita ketika hubungan seks

Oleh – Syeikh Baran


‘Penculik’ maut ditikam wanita ketika hubungan seks
Gambar Hiasan

Seorang wanita ditahan selepas dipercayai menikam mati ‘penculik’ yang mengurungnya dengan sebilah pisau ketika melakukan hubungan seks pada Khamis lalu.

Mayat lelaki yang berusia 45 tahun itu dijumpai dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di depan tandas awam Dataran Lemang, Manek Urai di Kuala Krai pada pukul 6.30 petang kelmarin.



Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan tikaman pada perut si mati, namun tiada sebarang kesan darah ditemukan di lokasi tersebut.

Menurut beliau, semakan mendapati mangsa dipercayai terbabit dalam kes melakukan kurungan salah terhadap seorang wanita berusia 28 tahun.

“Siasatan mendapati mangsa membawa suspek dari Sungai Tong, Setiu di Terengganu ke beberapa kawasan di Kuala Krai.

“Suspek kemudian menikam mangsa sebanyak tiga kali pada bahagian perut dengan pisau ketika mereka melakukan hubungan seks,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Muhamad Zaki memberitahu, lelaki itu kemudian dipercayai melarikan diri selepas mangsa dapat lolos.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan hasil bedah siasat mendapati kematian lelaki itu berpunca daripada luka pada bahagian perut akibat kesan tikaman yang menembusi abdomen dan terkena usus najis.

“Mangsa juga tidak mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan sehingga menyebabkan luka menjadi parah sehingga terkena jangkitan kuman.

“Mangsa turut memiliki beberapa rekod jenayah dan narkotik,” ujarnya.



Tambah Muhamad Zaki, selain tangkapan, pihaknya merampas sebilah pisau pemotong sayur dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading