Bapa berdepan penjara 60 tahun

Oleh – Syeikh Baran


Bapa berdepan penjara 60 tahun
BAPA tiga anak didakwa melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya dibawa ke Mahkamah Sesyen Muar, Johor hari ini.

Seorang jaga berdepan hukuman penjara 60 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya yang masih di bawah umur.

Tertuduh yang berusia 58 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan yang dihadapinya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut dengan memegang dada anak gadisnya berusia 14 tahun pada 24 April 2023.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengulangi kesalahan lain pada Februari dan 16 Mac lalu dengan mencium mulut anaknya dengan tujuan seksual.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14, 14(a) dan Seksyen 16(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir mencadangkan supaya mangsa diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara kes berlangsung bagi menjaga keselamatan mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan diringankan dengan alasan dia mempunyai masalah jantung kronik.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana ia merupakan satu kesalahan serius melibatkan hubungan anak dan bapa kandung.

Mahkamah menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker