Pahang Sumbang RM250,000 Untuk Tabung Palestin

Pahang Sumbang RM250,000 Untuk Palestin

Kerajaan Pahang sumbang RM250,000 ke Tabung #Aid4Palestine.

Atas sikap ambil peduli dan simpati terhadap kesengsaraan rakyat Palestin akibat serangan berterusan regim Zionis Israel ke atas mereka.

Kerajaan Negeri Pahang membuat keputusan menyumbang RM250,000 ke Tabung #Aid4Palestine.

Sumbangan ini ialah untuk turut membantu menjayakan sasaran sekretariat #Aid4Palestine bagi mengutip RM1 juta.

Ia akan disalurkan kepada pihak berwajib di negara Islam yang bergolak itu.

Sehubungan itu, sukacita saya sarankan rakyat Malaysia dan Pahang termasuk dalam kalangan syarikat-syarikat swasta dan badan-badan bukan Kerajaan (NGO), untuk turut menyumbang ke Tabung Palestine ini.

Pahang Sumbang RM250,000 Untuk Palestin

Saya percaya, sekecil-kecil sumbangan sekalipun adalah penting sebagai manifestasi ukhwah/persaudaraan Islam kita.



Juga sebagai tanda bantahan keras seluruh umat manusia tanpa mengira anutan agama, terhadap kekejaman yang berlaku di sana.

Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy

Semoga dengan ini, dapat memberi mesej bantahan jelas kepada pemimpin dunia terutama yang menyebelahi atau membisu dengan tindakan zalim terbaharu regim Zionis Israel, agar memaksa regim tersebut menghentikan serta-merta perbuatan terkutuk mereka.

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
16 Mei 2021

China sokong perjuangan Palestin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button