Pendaftaran Vaksin Dalam Talian Dapat Sambutan
Bagaimanapun ramai yang kecewa apabila percubaan mendaftar tertangguh kerana kesesakan talian sejak jam 12.15 tengahari tadi.
Ramai juga telah berjaya mendaftar tetapi kerana sambutan yang begitu hangat, pendaftaran vaksinasi telah penuh dalam tempoh yang singkat.
Rungutan mereka yang tidak dapat mendaftarkan diri dan ahli keluarga juga agak banyak.
Seperti biasa media sosial menjadi medan luahan mereka yang gagal mendaftar walau mencuba sejak pendaftaran dibuka.
Malah ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq juga gagal mendaftarkan ahli keluarganya untuk menerima suntikan vaksin.
Mengapa sistem pendaftaran yang sepatutnya memudahkan rakyat tetapi akhirnya menimbulkan kemarahan?
Siapa pihak yang membangunkan sistem pendaftaran ini? Berapa pula kos yang kerajaan bayar untuk sistem yang boleh dikatakan kurang berjaya?
Kerajaan menyarankan agar rakyat mendaftar untuk vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.
Bagaimanapun ada rungutan mereka yang telah mendaftar sejak Mac 2021 masih belum menerima maklum balas tarikh bagi mendapat suntikan vaksin.
Apa yang lagi pelik apabila ada pelbagai cara pendaftaran bagi vaksinasi.
Sebagai contoh, ada sebuah Bank yang sedang mendaftarkan pekerja mereka untuk menerima vaksin. Tidak dapat dipastikan samada vaksin diperolehi secara percuma atau perlu dibayar.
Pekerja Bank juga tertanya samada mereka perlu membayar sendiri kos vaksin atau ia ditanggung pihak majikan.
Semua sedia maklum, Kerajaan telah membeli sejumlah vaksin dan ianya akan diberikan kepada semua rakyat secara percuma. Dengan syarat kena mendaftar di talian MySejahtera.
Kekeliruan terjadi apabila yang telah mendaftar di MySejahtera masih belum menerima tarikh temujanji vaksin.
Sebenarnya bagaimana perjalanan pendaftaran, syarat serta keperluan bagi rakyat untuk mendapatkan suntikan vaksin?
Mungkin pihak bertanggungjawab ada jawapan kemusykilan tersebut dan tampil untuk menjelaskan bagaimana sistem pendaftaran digunakan untuk menentukan tarikh temujanji penerima suntikan.
Berikut Adalah Cara-Cara Untuk Mendaftar V4ksin COV1D-19 Dengan Kemas Kini Terkini MySejahtera