Hasut, Hina Agong, Pro PKR Di Tahan PDRM
Iswardy Morni, Pengerusi Pro-PKR Sarawak telah ditahan PDRM berikutan hasutan serta penghinaan terhadap Yang DiPertuan Agong menerusi video.
Menurut Pemangku Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar, suspek ditahan di kediamannya di Kajang.
Suspek ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Bukit Aman jam 11 malam tadi.
Kertas siasatan di buka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Iswardy telah mengeluarkan kenyataan mengaitkan YDPA dengan pandemik covid19 menerusi ‘live video’.
” Tuanku..bangun tak, bangun tak ni. Tahu tak apa sekeliling kita kes (covid) dah jadi 8 ribu. Kita tahu makan di Istana itu sedap, saya tak pernah pergi kalau dijemput masuk nak juga”
Ketua Skrikandi PKR umum keluar parti