Panas!!! DBKL Amal Ufti, Menteri Wilayah Wajib Jawap

Ufti
Foto Hiasan – Ufti

 

Menteri Wilayah Persekutuan & DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) wajib menjawap dakwaan kutipan UFTI terhadap peniaga.

Bukan sahaja Menteri perlu menyiasat dakwaan panas ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur juga perlu melakukan siasatan dalaman dakwaan tersebut.

DBKL Salah Guna Kuasa



Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim, Dato Jawahar Ali Taib Khan mendedahkan perkara tersebut dalam satu temubual.

Temubual penuh – https://www.facebook.com/105665394346791/posts/316891809890814/

Menurut pemilik Restoran Ali Maju itu, beliau didatangi oleh penguatkuasa dan salah seorang daripada mereka bertanya tentang ‘Ufti’.

 



 

Baca juga – https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1200423450428194&id=100013816519225

Menurut Jawahar Ali lagi laporan polis dan aduan SPRM telah dibuat.

Beliau masih lagi menanti hasil laporan tersebut serta tindakan susulan pihak berwajib.



Dakwaan yang dibuat ini sememangnya mengejutkan semua pihak.

 

Bunga Ufti
Foto Hiasan – Bunga Ufti

 

Benarkah selama ini DBKL mengamalkan sistem ufti bagi meluluskan atau tidak mengeluarkan kompaun terhadap peniaga?



Adakah Menteri tidak menyedari penindasan terhadap peniaga yang berlaku seperti dakwaan Jawahar Ali?

Jika peniaga yang mempunyai rangkaian agak besar seperti Ali Maju boleh dikenakan ufti, apa lagi peniaga kecil?

Mungkin ada kalangan peniaga enggan membuka mulut kerana bimbang lesen perniagaan mereka tidak disambung atau bakal dikenakan tindakan lain.

Skandal mengutip ufti oleh DBKL  seperti dakwaan Dato Jawahar perlu didedahkan bagi menghentikan penindasan serta salahguna kuasa terhadap peniaga.



DBKL tutup, sita 6 lagi premis perniagaan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button