Tasik Chini, Ketahui Fakta Sebalik Kontroversi

Tasik Chini, Ketahui Fakta Sebalik Kontroversi

 

Tasik Chini telah wujud sekian lama iaitu sejak sebelum British menjajah Tanah Melayu.

Kontroversi aktiviti perlombongan Tasik Chini sejak akhir awal Jun 2021 tidak mengejutkan sama sekali.

Seperti ada rangkaian ‘tangan ghaib’ untuk merosakkan reputasi Kerajaan Pahang selepas kegagalan mengaitkan foto balak yang dirakamkan di RnR Temerloh.

Fakta sebenar yang perlu diketahui umum bagi menjawap kontroversi berkaitan Tasik Chini.

Namun, pada tahun 2019, Kerajaan Negeri Pahang telah mewartakan kawasan seluas 4,498 hektar di sebelah di Selatan Tasik Chini sebagai Hutan Simpan.

Ini bagi memastikan kawasan hutan tersebut dipelihara dan diuruskan dengan baik selari dengan Dasar Perhutanan Negara.

Pengakuan foto lama – https://malaysiapost.com.my/2021/06/09/itu-gambar-saya-dua-tahun-lalu/

Manakala setelah Pajakan Melombong sedia ada tamat, maka kawasan berkenaan akan diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan.

Daripada fakta ini, perlu difahamkan bahawa tiada lombong baru dalam kawasan Rizab Tasik.

Bagaimanapun perlu diketahui, kawasan lombong sedia ada tidak termasuk dalam Hutan Simpan Kekal.

Ini kerana kawasan tersebut telahpun diluluskan terlebih dahulu untuk aktiviti perlombongan sebelum 2019.

Biarpun begitu, operasi perlombongan di Tasik Chini telah dikenakan syarat-syarat tambahan yang ketat bagi memastikan tiada pencemaran daripada aktiviti tersebut.

Dalam soal ini, aktiviti perlombongan hanya akan dibenarkan setelah Laporan EIA disediakan oleh operator.

Pendek kata, semua syarat perlu dipatuhi dengan pemantauan yang berterusan daripada Jabatan yang berkaitan.

Pada 2019, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan projek tanam semula berjumlah RM250,000 bagi menanam semula pokok tutup bumi di bekas lombong.

Ini bermakna, kawasan lombong tersebut akan dipulihkan selepas operasinya tamat.

Malah, pemilik lombong juga diminta menyediakan ruang penampan (buffer zone) dalam jarak 100 meter dari gigi air. Kawasan penampan ini juga ditanam dengan tanaman hutan.

Kenyataan Menteri Besar Pahang 2019

 

Tasik Chini

 

Inisiatif memulihkan Tasik Chini telah bermula tahun lepas apabila Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan mesyuarat exco kerajaan negeri pada 13 Mac 2019 telah bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,498 hektar di tasik itu sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).”

Menurut Pengurus Besar SASET ( Yayasan Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah (SASET) Sarhan Ismail, mereka sudah menanam 5,000 batang pokok balak terdiri daripada Balau, Meranti dan Merawan di hutan tasik itu sekitar Oktober 2018.”

Pengiraan mudah jika pada 2018 sudah terdapat 5,000 batang pokok telah ditanam, tidakkah angka ini meningkat pada 2021?

Perlu diingatkan proses tumbesaran pokok balak memakan masa antara 15 – 20 tahun.

Agensi-agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan akan terus membuat pemantauan.

Ini bagi memastikan tiada pencemaran daripada aktiviti perlombongan di Tasik Chini.

Kualiti air di Tasik Chini sentiasa dipantau dengan lebih 15 buah stesen pemantau kualiti air di sekitar tasik.

Penjelasan lanjut – https://www.facebook.com/103164978195601/posts/309001947611902/?d=n

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker