Peniaga Terkejut Telur Ada Kalimah ‘Allah’
Seorang peniaga dikenali sebagai Yayar terkejut apabila mendapati telur yang mahu direbusnya ada kalimah ‘Allah’.
Telur tersebut dijumpainya ketika mahu merebus untuk dijadikan juadah jualan nasi lemak hari ini.
Menurut Yayar lagi beliau begitu teruja dengan penemuan itu lantas membuat keputusan tidak merebus telur tersebut.
Sebaliknya peniaga ini mengambil beberapa foto dan menaikmuatnya dalam media sosial.
Peniaga yang berniaga di Ampang, Kuala Lumpur menyifatkan penemuan tersebut sebagai sebahagian hadiah hari lahirnya.
Mendapat lebih 2 ribu sukaan (like) di kumpulan MASAK APA HARI INI.
Ternyata ramai netizen agak terpegun dengan rupa bentuk kalimah ‘Allah’ di permukaan kulit telur itu.
Apa pun itu adalah Kekuasaan Allah dan sebagai manusia, kita jangan terlalu taksub kepada rupabentuk yang terjadi pada kulit telur itu.
Peniaga yang masih menyimpan telur tersebut akan memikirkan apa yang akan beliau lakukan pada telur itu.
ELIZAD JALANI PROSES PENGAMBILAN TELUR: “KURNIAKANLAH KEPADAKU ZURIAT YANG BAIK”