Krisis Memuncak, Azmin Bersengketa Dengan Hamzah
Menurut laporan The Vibes, krisis dalaman PPBM memuncak bila Azmin Ali bersengketa dengan Hamzah Zainuddin semakin dapat dihidu.
Sumber yang mendedahkan perkara tersebut kepada portal berkenaan turut menyatakan satu plot yang mengaitkan nama Hishamuddin Hussein.
Azmin yang menyertai PPBM selepas ‘Sheraton Move’ mula merasakan dirinya berkuasa ekoran kepercayaan Presiden PPBM yang melantiknya sebagai Menteri Kanan.
Keistimewaan Azmin Dalam PPBM
Malah, Azmin diberikan peranan menggantikan Presiden PPBM selaku Perdana Menteri sekiranya diperlukan.
Hamzah yang menyertai PPBM selepas kekalahan BN pada PRU14 hanya diberikan kedudukan sebagai Menteri KDN dan tidak memiliki keistimewaan seperti Azmin.
Inilah antara punca krisis terjadi antara Azmin & Hamzah.
Azmin yang dikatakan berpotensi menjadi Timbalan Perdana Menteri telah menjadi antara topik hangat kalangan pemimpin lain dalam PPBM.
Dimana Kedudukan Timbalan Presiden PPBM?
Desas desus turut mempersoalkan dimanakah nilai Timbalan Presiden PPBM, Dato Seri Faizal Azumu yang tidak menjawat apa-apa jawatan dalam kabinet.
Faizal Azumu yang juga bekas Menteri Besar Perak hanyalah ahli parlimen biasa di Dewan Rakyat dan Adun di Dewan Undangan Negeri Perak.
Suara-suara ketidakpuasan ahli PPBM yang bekerja keras sepanjang tempoh pemilihan turut mempersoalkan mengapa Presiden memilih untuk memberi keistimewaan serta kedudukan bekas PKR sedangkan Azmin langsung tidak terlibat dalam pemilihan lepas.
Kegelisahan Bekas PKR Dalam PPBM
Memburukkan keadaan, ada kegelisahan kalangan bekas PKR dalam PPBM mengenai nasib PPBM selepas PRU15.
Dengan reputasi merudum, PPBM bukanlah pilihan rakyat jika menilai daripada keadaan sekarang.
Kegagalan Presiden PPBM mengemudi kerajaan serta populariti yang semakin menjunam merisaukan kalangan bekas PKR yang berada dalam PPBM.
Untuk berpatah balik kepada PKR amat mustahil dan sukar diterima berikutan pengkhianatan yang dilakukan mereka bersama Azmin.
Spekulasi peralihan kuasa dari kepada gandingan Azmin – Hishamuddin mungkin antara sebab krisis ini berlaku. Walau bagaimanapun, Hishamuddin telah menafikan spekulasi tersebut.
Namun demikian, semalam tersebar pula surat kepada Istana Negara berkaitan peralihan kuasa dan turut dinafikan Hishamuddin.
Ibarat ‘Retak Menanti Belah’, krisis dalaman PPBM melibatkan Azmin & Hamzah akan menjadi perhatian berikutan pelbagai teori dan spekulasi menjelang tamat tempoh darurat pada 1 Ogos 2021.
Bukan itu sahaja, Mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu yang dijangkakan pada 30 Jun – 1 Ogos 2021 turut menjadi perhatian seluruh negara.
Konflik Dalaman PPBM Dijangka Meledak