Undi Percaya, Sejarah Berulang Lagi

Muhyiddin Yassin akan berdepan usul percaya di parlimen pada sidang September ini. Masihkah anda ingat sejarah negeri Perak. Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul berkenaan dikemukakan oleh Datuk Abdul Manaf Hashim (BN-Pengkalan Bharu) pada persidangan Dun tersebut. Daripada 59 ADUN, 10 menyokong usul berkenaan manakala 48 lagi membantah dan satu undi rosak dalam undi belah bahagian yang ditetapkan Speaker, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Abdul Manaf ketika membahaskan usul berkenaan berkata, tujuan usul undi percaya itu adalah bagi menentukan keabsahan (kewibawaan) kepemimpinan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar.



Hari ini pula Muhyiddin berkata mengenai undi percaya juga dalam perutusan khas sebentar tadi. Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh turut menegaskan dia masih mempunyai sokongan majoriti dan sekali gus, isu peletakan jawatan bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak berbangkit.

Katanya, dia telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan menerima surat akuan daripada ahli Dewan Rakyat dan masih mempunyai kepercayaan majoriti ketika ini.

“Saya juga sedar bahawa kedudukan saya sebagai perdana menteri seringkali dipersoalkan.

“Maka, saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai perdana menteri di Parlimen,” katanya.



Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet, tengah hari ini.

Sejurus mengadap Agong, Muhyiddin menyampaikan perutusan khasnya di Putrajaya.

Kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri menjadi tanda tanya apabila Umno semalam membuat ketetapan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan perdana menteri.

Sepuluh orang anggota parlimen Umno hadir ketika pengumuman Presiden Umno Zahid Hamidi.



Jumlah keseluruhannya dikatanya 14 orang, walaupun ada sumber lain mendakwa seramai 20.

Keabsahan pentadbiran Muhyiddin juga terus berbangkit apabila Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan menteri tenaga dan sumber asli serta-merta semalam.

Kita tunggu samada sejarah negeri Perak benar-benar berulang atau tidak.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button