“Saya Kaget Dan Terhina Dengan Tawaran” – Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau kaget dan terhina dengan tawaran yang dikemukakan Muhyiddin Yassin dalam usaha mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
“Orang Indonesia sebut sebagai kaget, saya terkejut sikit,”
“Saya fikir ia adalah sangat mengaibkan, bagi saya ia satu penghinaan. Ada orang kata tahniah sekarang macam Menteri Kanan, saya kata itu penghinaan” – Anwar Ibrahim
Dengan tawaran gaji mencecah RM50,000 tidak termasuk pelbagai kemudahan Anwar membandingkan tawaran berkenaan dengan rakyat kini dalam keadaan sukar untuk mencari sara hidup.
Anwar menyifatkan Muhyiddin tersalah langkah dalam karier politiknya. Beliau juga menegaskan untuk menolak tawaran Muhyiddn.
Kedudukan Muhyiddin ibarat ‘telur di hujung tanduk’ apabila UMNO mendedahkan 14 pengakuan bersumpah ahli parlimen tidak menyokong Perdana Menteri.
Diikuti oleh Pakatan Harapan, Pejuang, Warisan dan Muda yang turut mahu Muhyiddin bertanggungjawab atas kegagalan kerajaan.
Sokongan kepada Muhyiddin merosot hingga tinggal kurang dari 100 ahli parlimen yang masih bersama dengannya.
Kontroversi kehilangan majoriti sokongan berlanjutan selama beberapa hari sebelum Muhyiddin timbul menawarkan satu kerjasama kepada semua parti politik.
Walau ada segelintir ahli parlimen ‘tergoda’ dengan tawaran tersebut namun akhirnya mereka memilih untuk tidak ‘menjual maruah’ kepada Muhyiddin.
Semalam Muhyiddin dikatakan setuju untuk melepaskan jawatan selepas pertemuan dengan kabinet.
Beliau dijangka akan menghadap Baginda Yang DiPertuan Agong pada Isnin nanti bagi menyembah maklum jumlah sokongan yang berbaki.
Ada beberapa ahli parlimen terutama UMNO dan PAS mengakui mereka terkejut dengan tawaran Muhyiddin dan menyatakan tidak dimaklumkan lebih awal perancangan tawaran itu.
40 Ahli Parlimen BN Tidak Bersama Muhyiddin?