Najib Pegang Pepatah “Adat Beraja, Titah Dijunjung”
Dato Sri Najib Razak cukup menjaga hubungan serta adab sesama manusia. Apatah lagi bila hubungan melibatkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Istana Raja Raja Melayu.
Bagi Najib, pepatah “Adat Beraja, Titah Dijunjung” itu perlu dijaga dengan baik walau tidak lagi bergelar Perdana Menteri.
Apabila sesiapa sahaja dititahkan untuk hadir ke Istana, maka itu antara perintah yang tidak perlu diberikan masa untuk berfikir. Apa yang perlu dilakukann ialah menyegerakan kehadiran sebagaimana dititahkan.
Itulah yang dilakukan Najib hari ini apabila dititahkan untuk hadir ke Istana Negara dalam sesi mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Mengikut jadual, Najib sepatutnya perlu hadir ke Mahkamah untuk mendengar sebutan kes beliau, namun Najib meminta pengecualian kerana mengutamakan Titah YDPA.
Walaupun natijahnya sesi Mahkamah dipanjangkan sehingga jam 6 petang, Najib lebih mengutamakan Istana serta titah Tuanku.
Itulah keperibadian Najib yang sukar digambarkan apabila menyentuh bab kesetiaan kepada Raja dan Negara. Prinsip paling asas dalam Rukun Negara seperti menjadi hukuman pula jika ada urusan Mahkamah.
Perlukah diingatkan kedudukan Tuanku Agong adalah heraki tertinggi dalam Malaysia? Apa lagi alasan yang boleh Najib berikan sebagai alasan kepada Mahkamah untuk tidak hadir sidang Mahkamah sesi pagi?
Ura-ura Najib PM, Bursa Malaysia Naik