Istana paling seram dunia terima kedatangan pelancong

Oleh – Syeikh Baran


Istana paling seram dunia terima kedatangan pelancong
Proses pembinaan istana itu memakan masa selama 15 tahun

Sebuah istana di Dubai digelar sebagai istana paling berhantu di dunia disebabkan berlakunya pelbagai kejadian menyeramkan, lapor akhbar The Sun semalam.

Istana Al-Qasimi di bandar Ras Al Khaimah ditinggalkan selama lebih tiga dekad selepas pemilik, Sheikh Abdulaziz bin Humaid Al Qasimi dan keluarganya nekad berpindah.



Dihiasi lantai marmar, lampu candelier dan pelbagai karya seni, istana empat tingkat dilengkapi 35 bilik tidur itu mengambil masa 15 tahun untuk dibina.

Selepas siap pada 1985, ia dianggarkan bernilai 500 juta AED atau £107 juta, manakala nilai itu kini mencecah £317 juta (RM1.09 bilion) berdasarkan kadar inflasi.

Khabar angin menyatakan Sheikh Abdulaziz berpindah kerana mengalami kejadian aneh seperti perabot terbang sendiri, wajah kanak-kanak muncul di tingkap dan dinding serta barang hilang tanpa sebab munasabah.

Golongan agamawan dipanggil untuk menghalau elemen tidak diingini dari istana tersebut. Mereka turut membuang potret yang memaparkan wajah manusia dan haiwan selepas menyatakan bahawa ia menarik kedatangan jin.



Selepas beberapa dekad tidak digunakan, istana itu jatuh ke tangan seorang pemilik baru beberapa tahun lalu. 

Pemilik baharu istana tersebut, Tareq Al Sharhan mempelawa orang ramai melawat bangunan tersebut selepas proses pemulihan yang diakukan selama enam bulan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading