BERSATU dan PAS lebih awal ‘berjimak’ dengan DAP

Oleh – Bakhtiar Omar


BERSATU dan PAS lebih awal 'berjimak' dengan DAP

Untuk rekod, BERSATU dan PAS merupakan parti paling awal ‘berjimak’ dengan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan pada November 2022.



Tindakan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’Gu Bard mengaitkan Umno dalam konflik kenyataan Ngeh Koo Ham adalah keterlaluan.

 Untuk sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani “dasar bersama” yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan. Jelas, “dasar bersama” tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan.

 DAP bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka sedangkan MCA, MIC dan Gerakan menyerah diri kepada UMNO dengan mata tertutup. – Kenyataan Lim Guan Eng pada 30/7/2012

BERSATU menerusi Timbalan Presiden, Datuk Seri Faizal Azumu mengakui mereka bekerjasama dengan DAP selepas bergabung di bawah Pakatan Harapan pada 2016.



Bersatu tidak hipokrit kerana bekerjasama dengan DAP pada PRU 2018, kerana ia perlu dilakukan demi “menyelamatkan negara”, kata Ahmad Faizal Azumu.

“Itulah yang juga dibuat oleh Bersatu pada awal penubuhan, dengan bekerjasama dengan DAP, Amanah, dan juga PKR untuk menjatuhkan kerajaan Najib Razak,” – Ahmad Faizal Azumu – 25/5/2023

Jelas sekali Che’Gu Bard tidak menoleh sejarah kerjasama BERSATU dan PAS bersama DAP tetapi menuding Umno sebagai punca pemimpin DAP berlaku biadap dalam mengeluarkan kenyataan.

Mungkin beliau lupa, dirinya sendiri tidak konsisten dalam berpolitik. Lihat sendiri ketika Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor.



Bermacam skandal dan laporan dilakukan Che’Gu Bard terhadap Azmin Ali tetapi kini segalanya di’sapu’ di bawah karpet kerana sudah bersama dalam BERSATU.

Bukannya Che’Gu Bard tidak mendapat ‘laba’ semasa Perikatan Nasional berkuasa. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Giat Mara pada 2021.

Sudah-sudahlah menuding Umno sebagai punca sedangkan hakikat sebenar semua tahu. Kepada Che’Gu Bard, belajarlah berpolitik secara konsisten dan bukan hanya ‘berkiblatkan’ jawatan serta keuntungan sendiri.

Bayangkan sekiranya PMX menawarkan jawatan serta kedudukan yang agak baik kepada Che’Gu Bard dalam Kerajaan Perpaduan.



Adakah beliau akan menolak secara keras atau akan berhemah dan mengeluarkan ‘Dalil’ bagi menerima tawaran?

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading