Pengantin terima mas kahwin rumah 1 bilion

Oleh – Syeikh Baran


Pengantin terima mas kahwin rumah 1 bilion
Pasangan Radja dan Adinda mengadakan majlis perkahwinan pada 17 Februari lalu. – TikTok

Sebuah majlis perkahwinan di Sukabumi, wilayah Jawa Barat mendapat perhatian pengguna media sosial kerana pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa rumah   berharga 1.5 bilion rupiah (RM459,076) dan dua buah kereta, lapor laman berita Detik.

Berdasarkan  klip video mengenainya  yang tular di platform TikTok, pengantin lelaki menyerahkan kereta jenama Honda HRV dan Toyota Camry berserta  miniatur rumah sebagai simbolik rumah sebenar selain pelbagai hantaran lain

Rakaman video  itu dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Agus. Katanya,   pasangan pengantin tersebut bernama Radja Panutan dan Adinda Galuh Nurutami.



Pengantin lelaki merupakan seorang  ahli perniagaan, manakala pengantin perempuan ialah bekas peserta Mojang Jajaka Kota Sukabumi  2019 (pertandingan duta pelancongan dan kebudayaan).

“Pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebuah rumah berharga 1.5 bilion rupiah dan dua buah kereta,” katanya. 

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Kedua-dua pengantin pasti daripada keluarga kaya-raya kerana jika hanya sebelah pihak sahaja (kaya), pasti akan berlakunya sinetron,” kata seorang netizen yang  bergurau. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker