Exco Pemuda UMNO Kena Gantung 6 Tahun?

Laporan Terhadap Exco Pemuda UMNO

 

Semalam berlangsung mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Ibu pejabat UMNO, Kuala Lumpur. MKT UMNO turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob atas pembentukan kabinet yang baru.

Bagaimanapun berita mengenai penggantungan keahlian seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia turut tersebar.



Identiti Exco Pemuda UMNO tersebut masih tidak dapat dipastikan lagi kerana tiada pengesahan dilakukan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Dipercayai Exco Pemuda UMNO tersebut diambil tindakan kerana beliau telah melanggar Tata Etika Ahli UMNO. Exco berkenaan juga dipercayai telah mengkritik parti, Presiden, ketetapan PAU2020, keputusan MKT UMNO secara terbuka di media cetak, media sosial serta media maya.

Laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO terhadap Exco Pemuda UMNO dilakukan oleh 8 orang ahli UMNO Wangsa Maju.

Salah seorang daripada 8 orang yang dihubungi, hanya menyatakan kesyukuran jika Exco Pemuda UMNO itu benar-benar diambil tindakan.



Beliau enggan mengulas lanjut dan hanya menanti pengumuman rasmi dari UMNO dan Lembaga Disiplin UMNO.

UMNO juga telah mengambil tindakan menggantung keahlian seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian pada awal tahun ini.

Kabinet #KeluargaMalaysia Dikritik Netizen

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button