Rasuah RM25 juta, pengarah syarikat ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Rasuah RM25 juta, pengarah syarikat ditahan
Antara suspek yang ditahan SPRM disyaki terlibat projek pembekalan, penghantaran, pengujian dan pemasangan traktor bernilai lebih RM25 juta.

Seorang pengarah urusan syarikat pengedar jentera pertanian direman tiga hari selepas dipercayai terbabit kes rasuah membabitkan projek pembekalan, penghantaran, pengujian dan pemasangan traktor bernilai lebih RM25 juta.

Perintah reman terhadap suspek berusia alam lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.



Menurut sumber, suspek sebelum ini merupakan antara tiga individu yang ditahan termasuk pengurus besar pemasaran dan pengurus besar jualan di dua bah syarikat.

“Mereka dipercayai menawar dan memberi sogokan kepada pegawai sebuah syarikat perladangan sebagai balasan kerana memberikan projek berkenaan,” katanya.

Ketiga-tiga suspek ditahan pada pukul 11 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Bagaimanapun dua suspek iaitu pengurus besar pemasaran dan pengurus besar jualan dibebaskan dengan jaminan SPRM atas faktor kesihatan.



“Seorang lagi suspek yang berjawatan pengarah urusan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim meberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading