Penjual makin berani, edar risalah energy stick depan sekolah

Oleh – Syeikh Baran


Penjual makin berani, edar risalah energy stick depan sekolah
Alat energy stick digunakan secara meluas dalam kalangan pelajar kerana saiznya yang kecil dan mempunyai pelbagai perisa.

Penggunaan energy stick dalam kalangan orang muda terutama pelajar sekolah membmbangkan golongan ibu bapa apabila ada penjual yang sudah mula berani mengedarkan risalah berkaitan produk itu d kawasan pekarangan sekolah.

Seorang ibu, Noraini Omar, 51, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas anaknya yang berusia sembilan tahun membawa pulang risalah tersebut.

Di dalam risalah itu, produk tersebut dijual dengan empat pilihan perisa buah-buahan seperti anggur, tembikai, epal dan strawberi.



Katanya, anaknya turut memintanya supaya membelikan peranti tersebut kerana tertarik dengan perisa selain gambar kartun comel pada bungkusannya.

“Minggu lalu anak balik sekolah tunjukkan saya risalah energy stick. Saya sendiri tidak tahu kewujudan produk itu. Apabila dibaca antara fungsinya adalah untuk melegakan resdung, selesema, hidung berair selain memberikan kesegaran.

“Anak beritahu kalau ada (murid) yang nak beli, ada orang akan datang jual depan sekolah,” kongsinya.

Oleh itu Noraini meminta kerjasama pihak sekolah memainkan peranan sewajarnya bagi memastikan tiada jualan barangan diragui di kawasan pekarangan sekolah.



“Saya lihat sekarang peniaga tunggu budak sekolah balik dan edar risalah. Mereka juga dilihat bebas berniaga depan sekolah.

“Saya bimbang mereka jual produk yang bukan-bukan, kanak-kanak pula mudah terpengaruh untuk membelinya. Sementara tunggu ibu bapa ambil, mereka sudah beli,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Rose Abdul Aziz, 45, berkata, anaknya yang berusia 15 tahun pernah mendesaknya untuk membeli peranti tersebut kerana dapat membantu masalah selsema dan meningkatkan fokus untuk belajar.

Tanpa menyelidik secara mendalam, Rose berkata, dia menuruti kemahuan anaknya dan membeli produk tersebut menerusi platform e-dagang.

“Sebelum ini saya tidak rasa ia berbahaya, cuma baru-baru ini anak saya bawa ke sekolah dan dirampas guru,” katanya.

Seorang lagi waris, Syukri Abdul Majid, 40, pula memaklumkan dia terkejut apabila anaknya berusia 10 tahun memintanya untuk dibelikan peranti tersebut di platform e-dagang.

“Dia beritahu kawan-kawan di sekolah menggunakan alat ini untuk hilangkan mengantuk ketika belajar. Kwan-kawan sekelas guna alat itu, jadi dia juga mahu peranti sama,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker