Operasi DBKL menahan 83 orang warga asing

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan menahan 83 orang warga asing dalam Operasi Bersepadu Tapak Binaan, Rabu lalu.

Penguat kuasa berkenaan memeriksa dua tapak binaan di Bandar Seri Permaisuri dan Bandar Tun Razak.

Seramai 76 anggota DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Jabatan Imigresen serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbabit dalam operasi itu.



Dalam kenyataan hari ini, DBKL mengeluarkan empat notis, manakala PDRM melakukan pemeriksaan keselamatan.

Jabatan Imigresen menangkap 83 warga asing kerana kesalahan berkaitan bukan warga negara yang bekerja secara tidak sah.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading