Suami Jatuhkan Talak Kerana Isteri Ambil Vaksin

 

Golongan anti vaksin memang terkenal sebagai golongan ego. Mereka memperlekehkan pengambilan vaksin dan berpendapat covid hanyalah flu biasa.

Pelbagai karenah golongan anti vaksin dapat dilihat dalam media sosial sekarang.



Terbaru satu perkongsian daripaa seorang isteri yang berada dalam dilemma kerana mengambil vaksin dos pertama tanpa diketahui suaminya.

Rupanya suami beliau adalah golongan anti vaksin dan menetapkan jika isteri mengambil vaksin maka jatuh talak.

Dalam kes begini, kena failkan permohonan pengesahan lafaz taklik di mahkamah.

Hanya Hakim Syarie sahaja yang boleh sabitkan samada jatuh talak ataupun tidak.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.



Apa pandangan anda?

Foto – khyrul faiza II

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button