Caprice Masuk Wad, Demam Selepas Dos Ke 2

 

Penyanyi rap dan aktivis sensasi, Caprice, 33, dimasukkan ke sebuah hospital di Mesir, malam tadi selepas dia mengalami demam dan serangan panik.

“Dos kedua lain macam… InsyaAllah, selepas sehari mungkin kita akan balik. Demam tambah serangan panik. Nasib baik jururawat-jururawat dekat sini masyaAllah,” tulisnya menerusi hantaran dibuat di Instagram.

Menerusi perkongsian berkenaan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan dia kurang sihat selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 dan turut menerima bantuan oksigen.

 





Bagaimanapun keadaannya tidak membimbangkan dan dia akan meneruskan misi amalnya semula dalam beberapa hari lagi selepas sembuh.

Menerusi perkongsian di Instagram Story itu juga, Caprice memuat naik video memaparkan lengannya dimasukkan air serta kesan pengambilan darah.

Dengan perkongsian terbaharu mengenai keadaan kesihatannya itu, ia mendapat lebih 430,000 tanda suka daripada warganet yang terus menyokong semangat Caprice.

Pelbagai reaksi positif dikongsi warganet yang begitu prihatin dengan perkembangan kesihatan Caprice, selain mendoakan dia cepat sembuh.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button