Shahrol Shiro Jawap Teguran Hans Isaac
Brother Hans Isaac..
Awak post sebuah video di ig tentang seorang berceramah mengenai kejadian di Indonesia, Presiden mencari barisan menteri dengan bertanya soalan 2×2 jawapannya berapa.
Akhirnya yang menjawab terserah pemimpin itu berapa jawapannya itu yg layak menjadi menteri.
Ternyata itu adalah video sindiran dan cuma utk melahirkan jenaka. Mana ada Indonesia negara yg hebat tapi kualiti pemikiran pemimpinnya seperti itu.
Video tersebut jelas sekali utk menyindir PM Malaysia yg baru iaitu DSIS kerana ianya di post selepas pegumuman barisan kabinetnya.
Saya Beri Pandangan Dan Pendapat
Saya cuma memberikan pendapat bahawa setiap pemimpin ada pandangan berbeza.
Pada pandangan beliau barisan kabinet ini mampu melaksanakan tugas serta boleh bekerjasama baik dengan PM demi menjayakan agenda rakyat yg hari ini sangat tertekan akibat pandemik.
Jika saudara Hans menjadi pemimpin pun sudah tentu barisan yg dipilihnya adalah individu yg beliau senang bekerja dan sy yakin salah satunya adalah Afdlin Shauki.
Lihat sahajalah dalam realiti bagaimana beliau banyak bekerjasama utk menghasilkan karya kerana beliau yakin Afdlin dapat melakukan tugas dengan baik
.Jika pada pandangan beliau ianya tidak sama dalam politik, dalam politik pun beliau telah menarik bersama Afdlin turut serta dalam parti beliau.
Bukankah itu untuk membentuk kerjasama atau pasukan untuk menjayakan agenda parti yang disertainya.
Rakyat Sudah Rasa 22 Bulan Pakatan Harapan
Ya, ini barisan yg ‘recycle’ katanya tapi kita sudah beri peluang barisan kabinet yg 90% muka baru sewaktu zaman PH tetapi rakyat sudah cukup sengsara sewaktu itu.
Janji minyak turun, tol dihapuskan, pendidikan percuma adalah ungkapan penyedap halwa telinga semata. Adakah mungkin kerana zaman itu PM yg ‘recycle’.
Rakyat sudah lihat hari ini jika politik tidak stabil maka negara akan huru hara.
Azmin? Tanyalah PPBM
Jika ramai yang bertanya kenapa Azmin Ali diangkat kembali menjadi menteri jawabnya tanyalah PPBM kenapa mereka mencalonkan lagi beliau.
PM pun kena terima kerana mereka juga ada jumlah membentuk kerajaan dan dalam sejarah PM berjumpa dengan ketua pembangkang bukan kerana lemah, tetapi ingin menurunkan suhu politik negara agar kerajaan hari ini boleh fokus menyelesaikan masalah rakyat.
Jadi saudara Hans, saya jarang berbual mengenai politik spt ini tetapi cukup cukup la mendoktrin pemikiran rakyat.
Rakyat tidak mahu tahu parti politik mana yg hebat berbual mengenai penderitaan mereka tetapi parti mana yang bekerja menyelesaikan masalah mereka.
Saya hormat awak sebagai senior dalam industri seni tapi dlm politik tiada senior atau junior tetapi yg patut ada ialah kualiti pemikiran dan gerak kerja yg ikhlas untuk menjadikan generasi serta negara akan datang lebih baik.
Maaf Hans Isaac, saya yakin kamu tidak akan koyak kerna kamu sudah berada didalam dunia politik dan politik bukannya untuk mereka yang berjiwa nipis.
Selamat menyambut kemerdekaan ke 64.