Kartel Berdepan Hukuman 483 Tahun Penjara
Seorang tertuduh dikenali sebagai Adly Kamaruddin berdepan dengan hukuman penjara 483 tahun selepas kartel penipuan projek kerajaan terbongkar.
Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan dikenakan ikat jamin RM500,000 serta dikehendaki menyerahkan passport.
Beliau juga dikehendaki melaporkan diri ke pejabat SPRM sementara menanti kes disebut semula.
Kemewahan kartel tersebut berjaya membawa kepada rampasan kenderaan mewah, wang tunai dan kapal layar.
Jumlah penipuan kartel projek kerajaan mencecah billion ringgit.