Kenapa PN Serang Kerajaan Pusat Dalam Kempen Pilihanraya Negeri?

Kenapa PN Serang Kerajaan Pusat Dalam Kempen Pilihanraya Negeri?

Kenapa PN Serang Kerajaan Pusat Dalam Kempen Pilihanraya Negeri?

Penulis rasa keliru dengan corak kempen Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi pilihanraya di 6 buah negeri.

Namanya pun sudah pilihanraya negeri, sudah tentulah kerusi yang dipertandingkan adalah kerusi DUN yang akan menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan negeri.

Maksud penulis, sepatutnya pengisian kempen dalam PRN 6 negeri ini lebih fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan negeri tersebut.



Tetapi isu yang sering dimainkan PN ketika berkempen untuk menghadapi PRN 6 negeri lebih fokus kepada isu-isu di pusat.

Mengapa?

PN menguasai 3 dari 6 negeri yang akan menghadapi pilihanraya di peringkat negeri.

Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah negeri yang berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS.



Masalah paling besar yang dihadapi oleh PAS untuk berkempen dalam PRN 6 negeri adalah tidak ada pencapaian yang boleh dibanggakan.

Mereka hanya beretorik dengan dakwaan kejayaan yang jauh dari fakta.

PAS sering mencipta cerita ‘kejayaan’ kerajaan negeri di bawah pentadbiran mereka, tetapi realiti yang sebenarnya adalah di sebaliknya.

Antara ‘Kejayaan’ Kerajaan PAS

Sumbangan ekonomi Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah terlalu kecil, walaupun saiz negeri yang besar.



Kelantan, Terengganu dan Kedah hanya menyumbang 1.8%, 2.5% dan 3.4% KNDK negara pada tahun 2022.

Jauh bezanya dengan sumbangan 7.4% Pulau Pinang dan 25.5% Selangor kepada KDNK negara.

Data ini jelas menunjukkan PAS gagal mengembangkan ekonomi negeri, apatah lagi menggalakkan ekonomi bernilai tinggi.

Kedah dan Terengganu mempunyai gaji penengah siswazah terendah di seluruh Malaysia.



Misalnya, pada tahun 2021, 50% siswazah di Kedah hanya berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Ini membuatkan anak kelahiran Kedah berkelulusan tinggi terpaksa merantau ke Pulau Pinang, Selangor atau Kuala Lumpur untuk bekerja.

Gaji penengah siswazah di Selangor, contohnya, adalah RM4,130 sebulan.

PAS gagal mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi.



Setinggi manapun kelulusan akedemik, Kedah, Terengganu dan Kelantan tidak mampu menyediakan peluang kerja berkemahiran tinggi.

Tenaga kerja profesional mereka terpaksa merantau untuk mendapatkan pekerjaan yang setara dengan kelulusan mereka.

Peratusan pekerja mahir di Kelantan, Kedah dan Terengganu hanyalah 23.2 peratus, 26.7 peratus dan 22.4 peratus pada tahun 2021.

Jauh berbeza dengan 36.2 peratus di Pulau Pinang dan 35.4 peratus di Selangor.



PAS Melaungkan Kepimpinan Islam, Tetapi Mengabaikan Tuntutan Islam

PAS gagal menyediakan kemudahan paling asas.

Data rasmi menunjukkan hampir satu daripada tiga rumah di Kelantan tidak ada bekalan air paip.

Politik Islam dimainkan PAS, tetapi kebersihan yang menjadi tuntutan agama diabaikan PAS.

Hanya 15.4% isi rumah di Kelantan menikmati perkhidmatan kutipan sampah di rumah.

Peratusan di Terengganu dan Kedah juga amat menyedihkan, masing-masing 24% dan 52.7%.

Jauh berbeza dengan hampir 80% di Pulau Pinang.

PAS gagal membasmi kemiskinan.

Tatkala EXCO Kelantan menikmati kemudahan kereta Mercedes, Kelantan merekodkan kadar kemiskinan mutlak paling terburuk di Semenanjung Malaysia iaitu 12.4%.

Kedah merekodkan kadar kedua terburuk pada 8.8%.

Berbanding dengan Selangor cuma 1.2% dan Pulau Pinang cuma 1.9%.

Membasmi kemiskinan sangat dituntut Islam, tetapi ia bukanlah agenda pentadbiran PAS.

Kerajaan PAS gagal menarik masuk pelaburan yang tinggi.

Untuk sekian lamanya, PAS mempunyai rekod yang buruk dalam aspek ini, termasuk di Kedah.

Pada tahun 2021, 99.7% pelaburan asing diluluskan dalam sektor pembuatan Kedah tertumpu di hanya satu lokasi iaitu Kulim Hi-Tech City.

Namun secara khusus, ini adalah hasil usaha agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.

Jadi tidak hairanlah, PAS/PN tidak mempunyai modal kempen yang berkaitan isu di peringkat negeri.

Kerana, menceritakan ‘kejayaan’ mereka berarti mendedahkan kegagalan mereka yang selama ini cuba disorok.

 

Kenapa PN Serang Kerajaan Pusat Dalam Kempen Pilihanraya Negeri?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button